Ini Hukumnya Bagi Orang yang Suka Lewat Didepan Orang yang Sedang Sholat

Pertanyaan:
Saya ingin bertanya mengenai hukumnya jika seseorang melintas dihadapan orang yang sedang solat dan ketika itu tidak mengetahui ada seseorang yang sedang sholat kerana tidak ada pembatasnya.



Jawaban:
Melintas dihadapan orang yang sedang sholat tidak dibolehkan, berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه من الإثم لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمور بين يدي المصلي
“Jika sengaja orang yang melintas di hadapan seseorang yang sedang sholat, tahu apa yang akan dia dapatkan dari dosa, nescaya ia berdiri menunggu saja hingga orang tersebut selesai sholat lebih ia sukai daripada lewat di hadapannya ”

Apabila orang yang sedang sholat tersebut tidak memakai sutrah/pembatas, maka jarak yang boleh dilalui oleh seseorng dihadapan orang yang sedang sholat tersebut mengikut jarak kepalanya ketika ia sujud, atau sesuai batas garis sejadah yang ada di hadapannya sebagaimana yang difatwakan oleh Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dan lain-lain.

Semoga bermanfaat

Wallahu a’lam

Sumber: tambahcheese.com